Khamis, 24 November 2011

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2 (2611/2)

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.

2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai buah rambutan,jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam. Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah. Lukis aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai. Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan dan pergerakan air.

5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji, pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. Kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut. Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang sangat indah. Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan