Semperna cuti Keputeraan Sultan Kelantan yang lepas pada 30 dan 31 Mac 2010 tambah Cuti Rehat 1 April dan Cuti Minggu 2 dan 3 April saya telah melancong ke Negeri Sarawak. Saya bersama beberapa keluarga telah pergi ke sana dengan menaiki penerbangan tambang murah AirAsia yang telah dibeli tiket setahun yang lalu. Sarawak kaya dengan hasil seni yang akan saya kongsi bersama.
Bersama keluarga bergambar di hadapan Arca Kucing
Arca Besi berdekatan Muzium Cina
Ukiran kayu dan Arca dinding
Pasu Sarawak
Tanur Gas tempat pembakaran pasu
Tenunan yang terdapat di Kampung Budaya
Jumaat, 30 April 2010
Isnin, 26 April 2010
JENIS-JENIS TEMBIKAR
Pasu Sarawak
-tempat menyimpan barang-barang berharga, mengisi arak dan jambangan bunga
-berasal dari Sarawak dan bermotif tempatan
Kendi
-tempat memasak dan menyimpan air
Labu Sayong
-tempat menyimpan air
-berasal dari Sayong, Perak
-bermotif alam sekeliling dan geometri
Belanga
-salah satu jenis tembikar mambong
-berasal dari Mambong, Kuala Krai, Kelantan
-biasanya tidak mempunyai motif
Jambangan
-tempat meletak bunga
-badannya berbentuk labu yang ditinggikan
Terenang
-bekas air tertutup
-berasal dari Kg. Pasir Durian, pahang.
-bermotif flora dan fauna
Ahad, 25 April 2010
Isnin, 12 April 2010
EBOOK YANG PATUT DIMILIKI OLEH PELAJAR PSV
Sebuah buku yang mengajar teknik melukis menggunakan cat air bertajuk "Watercolour Secrets" patut dimiliki oleh pelajar Pendidikan Seni Visual. Buku ini menerangkan cara penggunaan warna air dengan teknik mudah yang dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Buku ini diterbitkan dalam bentuk ebook yang boleh didapati secara percuma. Bagi mendapatkan buku ini anda bolehlah klik di http://www.watercoloursecrets.com/ebook.html
Anda memerlukan email untuk download buku ini kerana link untuk download buku ini dihantar melalui email.
Buku ini diterbitkan dalam bentuk ebook yang boleh didapati secara percuma. Bagi mendapatkan buku ini anda bolehlah klik di http://www.watercoloursecrets.com/ebook.html
Anda memerlukan email untuk download buku ini kerana link untuk download buku ini dihantar melalui email.
Isnin, 5 April 2010
KAJIAN MUKA TAIP (FONT)
Pemilihan font adalah penting dalam menentukan rekaan yang dibuat adalah menarik. Font yang dipilih hendaklah sesuai dengan tema yang dipersembahkan. Pemilihan font yang sesuai adalah amat penting kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada orang yang melihatnya. Kadang-kadang orang tidak ingat apa yang ditulis tetapi dapat ingat jenis tulisan yang diguna. Pendek kata font boleh dijadikan 'trade mark' sesuatu benda. Font juga mempunyai kuasa yang luar biasa terutamanya dalam bidang pengiklanan bagi menarik pelanggan.
Di sini saya perturunkan beberapa alamat font yang boleh diambil daripada internet.
1. http://1001freefonts.com
2. http://www.urbanfonts.com
3. http://www.fontcubes.com
4. http://www.downloadfreefonts.com
5. http://www.dafont.com
6. http://www.fontstock.net
7. http://www.linotype.com
8. http://pcfont.com
Anda boleh download bermacam-macam font daripada laman web di atas. Savekan ke dalam komputer anda. Seterusnya copy font yang didownload tadi. Buka My Computer dan double klik Local Disk (C), klik Program Files, klik Windows atau terus klik Windows sekiranya Windows berada di luar Program Files, klik Fonts dan savekan font tadi ke dalam Folder Fonts tersebut.
Untuk memudahkan anda melihat bentuk-bentuk font yang ada dalam komputer anda boleh menggunakan "Font Explorer" yang boleh didownload secara percuma.
Langgan:
Catatan (Atom)