Sabtu, 9 November 2013

Panduan Soalan 6

Jumaat, 8 November 2013

SOALAN PSV KERTAS 3( 2611/3)

1. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan sedang bermain dengan riang di sebuah taman permainan. Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan aksi. 2. Seekor labah-labah yang besar telah berjaya memerangkap dua ekor tebuan di dalam sarangnya. Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan aksi. 3. Anda telah sesat di dalam sebuah gua yang gelap. Anda mencari jalan keluar dengan berbantukan lampu suluh dan terjumpa beberapa bentuk rangka manusia yang lengkap dengan pedang, perisai dan pakaian perang zaman purba. Kelihatan sebuah kotak usang yang berisi dengan barang-barang purba yang berharga di sisi rangka manusia tersebut. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada pencahayaan, bentuk dan jalinan. 4. Sekawan ayam hutan sedang mencari makanan di pinggir sebuah hutan. Kelihatan seorang pemburu sedang memerhatikan gelagat ayam hutan tersebut dari celah-celah rimbunan daun. Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan dan bentuk. 5. Anda melihat pemandangan alam semula jadi yang begitu indah ketika menuruni tangga di dalam sebuah taman rekreasi. Lukiskan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif, warna dan jalinan. 6. Sebuah basikal disandarkan di tepi pagar sebuah rumah. Terdapat sebiji bola dan sepasang stokin di dalam bakul basikal serta sepasang kasut bola digantung pada hendal basikal. Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan.

Selasa, 20 November 2012

SOALAN PSV SPM 2611/2 TAHUN 2012

Isnin, 6 Februari 2012

SOALAN KERJA KURSUS PSV 2012

Sila dapatkan soalan KRSV 2012. KLIK DI SINI untuk download.

RINGKASAN SOALAN
1. Komunikasi Visual - Reka Corak - Reka Corak Kasut Kanvas
2. Reka Bentuk - Hiasan Dalaman - Ruang Bilik Bayi
3. Reka Bentuk - Industri - Bekas Alatan Melukis Mudah Alih
4. Kraf Tradisional - Batik - Beg Membeli belah
5. Seni Halus - Arca - Arca Binaan
6. Reka Bentuk - Industri - Kerusi Kanak-kanan
7. Komunikasi Visual - Iklan - Iklan Transit
8. Seni Halus - Cetakan - Hiasan Dinding
9. Kraf Tradisional - Ukiran Kayu - Kotak Serba Guna

Selasa, 29 November 2011

GAMBAR CONTOH JAWAPAN PSV

Soalan 4


CONTOH GAMBAR PSV KERTAS 2

Soalan 5


SEKADAR PANDUAN

Soalan 2