Isnin, 17 Mei 2010

SOALAN INTERAKTIF HOT POTATOES



Soalan interaktif Hot Potatoes amat menarik kerana ia membolehkan guru-guru menghasilkan soalan secara interkatif dengan lebih mudah dan cepat.

Terdapat 6 jenis aplikasi yang membolehkan kita mewujudkan soalan didalam bentuk seperti soalan aneka, soalan jawapan ringkas, silang kata, memadankan jawapan, isi tempat kosong dan perkataan berselirat.

Perisian ini boleh dibaca dengan menggunakan web browser seperti internet explorer kerana ia menggunakan script html. Apa yang menariknya pelajar yang menjawab soalan ini dapat melihat markah mereka sendiri, ini membolehkan pelajar menguji tahap pengetahuan mereka.

Guru yang membina soalan pula boleh menetapkan masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan. Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan maka mereka tidak akan dapat markah 100 peratus.

Saya telah membuka satu lagi laman web untuk dijadikan tapak bagi membolehkan saya meletak soalan interaktif tersebut di http://www.dapat.net/seni

Bagi melihat contoh soalan Hot Potatoes tersebut, di sini saya letakkan satu soalan teka silangkata. Soalan 1
Soalan 2

Rabu, 12 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010

Sabtu, 8 Mei 2010

SAJAK UNTUK PELAJAR PSV

Sekeping kanvas
berwarna putih kekuningan
terbiar kaku di sudut bilik
bersama barang buangan
tiada apa-apa makna
tiada siapa memandang
menunggu untuk dibuang.

Kanvas yang kaku itu
lalu diambil oleh tangan seni
dicalit akrilik dengan pisau palit
sapuan impasto, scumbling dan hard edge
warna sekunder dan tertier.

Kanvas yang kaku itu
telah bernafas dan bernadi
kini tidak lagi di belakang lemari
kini ia menjadi hiasan dinding
dipandang dengan mata seni.

Pelajarku
kaulah tangan seni itu
kaulah yang memberi nyawa
kanvas itu tidak lagi dipandang sepi
tanpa harga diri
ketahuilah bahawa
kamulah yang lebih berharga.

Tuan Abdullah Sanusi
SMKTIP1
Ogos 2009

Sajak ini ditulis sempurna Karnival Seni dan Sastera SMK Tengku Indra Petra 1, Gua Musang, Kelantan pada 9 hingga 13 Ogos 2009