Selasa, 29 November 2011

GAMBAR CONTOH JAWAPAN PSV

Soalan 4


CONTOH GAMBAR PSV KERTAS 2

Soalan 5


SEKADAR PANDUAN

Soalan 2

CONTOH GAMBAR

Soalan 3


GAMBAR CONTOH

Soalan 6

KOLEKSI GAMBAR PANDUAN MENJAWAB PSV KERTAS 2

Soalan 1


Khamis, 24 November 2011

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2 (2611/2)

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.

2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai buah rambutan,jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam. Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah. Lukis aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai. Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan dan pergerakan air.

5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji, pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. Kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut. Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang sangat indah. Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

Selasa, 8 November 2011

TEKAT




Seni tekat merupakan hiasan sulaman benang emas dan perak yang dijahit pada kain dasar jenis baldu untuk menghasilkan motif yang timbul.

Seni tekat merupakan tradisi masyarakat Cina Peranakan berketurunan Baba atau Nyonya di Melaka.

Seni tekat masih diusahakan di Kuala Kangsar, Sayong, Parit dan Teluk Intan (Perak), Kota Tinggi dan Kluang (Johor) dan Pekan (Pahang).

Mempulur atau isi tekat biasanya dibuat daripada kertas tebal (untuk motif organik) dan rotan, lidi dan buluh (untuk motif geometri).

Jumaat, 4 November 2011

SUMBER LOGO & LOGO REPRESENTASI


Sumber logo merupakan sumber ilham untuk mencipta logo.

Ilham sumber logo biasanya datang daripada benda di sekitar kita seperti manusia, haiwan, tumbuhan, huruf, angka, bentuk geometri dan sebagainya.

Logo di atas juga dikenali sebagai Logo Representasi iaitu logo yang reka bentuknya berdasarkan objek alam sekeliling dan alam benda.

Isnin, 31 Oktober 2011

TETINGKAP FOKUS


Tetingkap fokus biasanya dibuat daripada kertas keras berbentu 'segi 4' atau bentuk 'L' biasanya ia diguna di luar studio atau kawasan terbuka.

Fungsi tetingkap fokus adalah untuk:

-menanda kawasan objek yang hendak dilukis
-memilih kawasan objek yang menarik untuk dilukis

Isnin, 24 Oktober 2011

RUMAH TRADISIONAL


Rumah Munangkabau
-banyak terdapat di Negeri Sembilan
-bentuk bumbung seperti tanduk kerbau
Rumah Limas
-banyak terdapat di negeri Johor
-bentuk serambi yang menarik
Rumah Terengganu
-bertiang tinggi dari paras tanah
-bentuk tebar layar dan pemeleh yang menarik
Rumah Kelantan
-mempunyai serambi di bahagian depan rumah
-berbumbung potong perak dan perabung lima

Ahad, 23 Oktober 2011

LANDSKAP



LANDSKAP
-landskap merupakan satu seni kreatif untuk mengolah pemandangan di atas muka bumi supaya lebih berfungsi dan menarik

Jenis-jenis landskap
1.landskap lembut-terdiri daripada unsur tanaman
2.landskap kejur/keras-terdiri daripada unsur binaan seperti tempat duduk,papan tanda,lampu,arca dll

Fungsi landskap
1.estetika dan keindahan
2.perlindungan dan teduhan
3.merendahkan suhu
4.mengawal pencemaran alam
5.membentuk ruang
6.mengawal hakisan tanah
7.menghadang pemandangan yang tidak menarik
8.mengarah pergerakan atau penunjuk arah
9.melembutkan pemandangan
10.mengurangkan kebosanan
11.merangsang ketenangan jiwa
12.imbangan ekologi dan kehidupan fauna
13.meningkatkan taraf hidup
14.peningkatan ekonomi
15.penyelidikan dan pendidikan

Prinsip rekaan landskap

1.kesatuan-harmoni
2.penegasan-menarik perhatian
3.kepelbagaian-mengelak kebosanan

Jenis pokok
1.pokok renek-tingginya paras pinggang ke bawah
2.tutup bumi-berfungsi untuk menutup permukaan tanah
3.pokok palma-sejenis pokok yang mempunyai satu batang dan pelepah seperti pokok pinang merah, pisang kipas, kelapa dan kurma.

Sabtu, 22 Oktober 2011

UKIRAN LARIK

Ekoran masih ramai pelajar yang tidak faham apakah ukiran larik, di sini saya akan paparkan gambar ukiran larik dan teknik pembuatan ukiran tersebut.





Teknik Pembuatan Ukiran Larik



Ukiran jenis ini berbentuk bulat dengan susunan gerlang dan genting yang menarik. Ukiran ini biasanya terdapat pada tiang, perabot, hulu senjata, tongkat, gasing, kepala sarang burung dan sebagainya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

ILUSTRASI

Ilustrasi adalah gambaran untuk memperjelaskan sesuatu keterangan, mesej, dan sebagainya. Ilustrasi amat penting bagi mempermudahkan penerangan teks supaya maksud yang hendak disampaikan dapat difahami dengan jelas oleh audien.

FUNGSI ILUSTRASI
1.Menggambarkan dekoratif
2.Memberi maklumat
3.Komentar

CIRI-CIRI ILUSTRASI YANG BAIK
1.Kemantapan dan kehalusan gaya pelukis
2.Keaslian karya
3.Reka letak yang menarik
4.Imej yang jelas dapat disampaikan kepada pelanggan
5.Penggunaan alat dan bahan yang betul
6.Kreativiti
7.Boleh mempengaruhi perasaan pelanggan
8.Kesesuaian antara ilustrasi dan teks

Khamis, 20 Oktober 2011

GRAFIK PERSEKITARAN


1. PAPAN IKLAN / PAPAN PERAGA (BILLBOARD)
-Merupakan sebuah poster besar yang terdapat di tepi atau persimpangan jalan. Terdapat pelbagai bentuk, ada yang menggunakan elektronik utau bermotor.

2. IKLAN TRASSIT
-Iklan persinggahan atau transit adalah bentuk iklan yang diletakkan pada kenderaan awam seperti bas, keratapi, teksi dan sebagainya.

3. IKLAN PERSIMPANGAN
-Iklan ini terdapat di tempat-tempat strategik di kawasan orang ramai berjalan kaki. Terdapat dalam bentuk 3 dimensi dan berpusing.

4. TANDA JALAN
-Tanda jalan merupakan maklumat haluan kepada orang awam untuk membantu arah tuju ke destinasi sesuatu tempat.

PRINSIP GRAFIK PERSEKITARAN

1.Keterbacaan-boleh dibaca dengan mudah dengan sekali pandang.
2.Gambar dan ilustrasi yang minimum dan mudah difahami.
3.Pemilihan warna yang sesuai dengan persekitaran.
4.Saiz yang sesuai dengan penglihatan.
5.Mengaplikasikan asas seni reka dalam reka bentuk iklan.
6.Keaslian dan beridentiti tersendiri.
7.Lokasi yang sesuai.
8.Penggunaan bahasa yang mudah dan betul.
9.Reka bentuk yang kreatif untuk menarik perhatian.

Rabu, 3 Ogos 2011

JADUAL WAKTU SPM 2011

Sila klik link di sebelah untuk mendapatkan Jadual Waktu SPM 2011

Rabu, 16 Februari 2011

KOLEKSI PEMBUNGKUSAN

Kepada guru-guru serta sesiapa yang berminat dalam bidang percetakan serta sekolah yang memilih Tugasan 6 Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual bolehlah dapatkan DVD Easypercetakan untuk mendapatkan koleksi pembungkusan serta lukisan hamparan yang telah siap sedia untuk memyempurnakan tugasan anda agar lebih mudah dan menarik. Sekiranya berminat bolehlah dapatkannyadi sini.Di bawah ini saya tunjukkan sedikit contoh pembungkusan yang anda boleh dapatkan daripada DVD tersebut.


Selain reka bentuk pembungkusan, terdapat juga berbagai koleksi kerawang, desain serta ilustrasi yang menarik yang boleh digunakan pada pembungkusan. Sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Selasa, 8 Februari 2011

SOALAN KERJA KURSUS PSV 2611/3

Sila dapatkan soalan Kerja Kursus SPM Pendidikan Seni Visual di sini.