Isnin, 31 Oktober 2011
TETINGKAP FOKUS
Tetingkap fokus biasanya dibuat daripada kertas keras berbentu 'segi 4' atau bentuk 'L' biasanya ia diguna di luar studio atau kawasan terbuka.
Fungsi tetingkap fokus adalah untuk:
-menanda kawasan objek yang hendak dilukis
-memilih kawasan objek yang menarik untuk dilukis
Isnin, 24 Oktober 2011
RUMAH TRADISIONAL
Rumah Munangkabau
-banyak terdapat di Negeri Sembilan
-bentuk bumbung seperti tanduk kerbau
Rumah Limas
-banyak terdapat di negeri Johor
-bentuk serambi yang menarik
Rumah Terengganu
-bertiang tinggi dari paras tanah
-bentuk tebar layar dan pemeleh yang menarik
Rumah Kelantan
-mempunyai serambi di bahagian depan rumah
-berbumbung potong perak dan perabung lima
Ahad, 23 Oktober 2011
LANDSKAP
LANDSKAP
-landskap merupakan satu seni kreatif untuk mengolah pemandangan di atas muka bumi supaya lebih berfungsi dan menarik
Jenis-jenis landskap
1.landskap lembut-terdiri daripada unsur tanaman
2.landskap kejur/keras-terdiri daripada unsur binaan seperti tempat duduk,papan tanda,lampu,arca dll
Fungsi landskap
1.estetika dan keindahan
2.perlindungan dan teduhan
3.merendahkan suhu
4.mengawal pencemaran alam
5.membentuk ruang
6.mengawal hakisan tanah
7.menghadang pemandangan yang tidak menarik
8.mengarah pergerakan atau penunjuk arah
9.melembutkan pemandangan
10.mengurangkan kebosanan
11.merangsang ketenangan jiwa
12.imbangan ekologi dan kehidupan fauna
13.meningkatkan taraf hidup
14.peningkatan ekonomi
15.penyelidikan dan pendidikan
Prinsip rekaan landskap
1.kesatuan-harmoni
2.penegasan-menarik perhatian
3.kepelbagaian-mengelak kebosanan
Jenis pokok
1.pokok renek-tingginya paras pinggang ke bawah
2.tutup bumi-berfungsi untuk menutup permukaan tanah
3.pokok palma-sejenis pokok yang mempunyai satu batang dan pelepah seperti pokok pinang merah, pisang kipas, kelapa dan kurma.
Sabtu, 22 Oktober 2011
UKIRAN LARIK
Ekoran masih ramai pelajar yang tidak faham apakah ukiran larik, di sini saya akan paparkan gambar ukiran larik dan teknik pembuatan ukiran tersebut.
Teknik Pembuatan Ukiran Larik
Ukiran jenis ini berbentuk bulat dengan susunan gerlang dan genting yang menarik. Ukiran ini biasanya terdapat pada tiang, perabot, hulu senjata, tongkat, gasing, kepala sarang burung dan sebagainya.
Teknik Pembuatan Ukiran Larik
Ukiran jenis ini berbentuk bulat dengan susunan gerlang dan genting yang menarik. Ukiran ini biasanya terdapat pada tiang, perabot, hulu senjata, tongkat, gasing, kepala sarang burung dan sebagainya.
Jumaat, 21 Oktober 2011
ILUSTRASI
Ilustrasi adalah gambaran untuk memperjelaskan sesuatu keterangan, mesej, dan sebagainya. Ilustrasi amat penting bagi mempermudahkan penerangan teks supaya maksud yang hendak disampaikan dapat difahami dengan jelas oleh audien.
FUNGSI ILUSTRASI
1.Menggambarkan dekoratif
2.Memberi maklumat
3.Komentar
CIRI-CIRI ILUSTRASI YANG BAIK
1.Kemantapan dan kehalusan gaya pelukis
2.Keaslian karya
3.Reka letak yang menarik
4.Imej yang jelas dapat disampaikan kepada pelanggan
5.Penggunaan alat dan bahan yang betul
6.Kreativiti
7.Boleh mempengaruhi perasaan pelanggan
8.Kesesuaian antara ilustrasi dan teks
FUNGSI ILUSTRASI
1.Menggambarkan dekoratif
2.Memberi maklumat
3.Komentar
CIRI-CIRI ILUSTRASI YANG BAIK
1.Kemantapan dan kehalusan gaya pelukis
2.Keaslian karya
3.Reka letak yang menarik
4.Imej yang jelas dapat disampaikan kepada pelanggan
5.Penggunaan alat dan bahan yang betul
6.Kreativiti
7.Boleh mempengaruhi perasaan pelanggan
8.Kesesuaian antara ilustrasi dan teks
Khamis, 20 Oktober 2011
GRAFIK PERSEKITARAN
1. PAPAN IKLAN / PAPAN PERAGA (BILLBOARD)
-Merupakan sebuah poster besar yang terdapat di tepi atau persimpangan jalan. Terdapat pelbagai bentuk, ada yang menggunakan elektronik utau bermotor.
2. IKLAN TRASSIT
-Iklan persinggahan atau transit adalah bentuk iklan yang diletakkan pada kenderaan awam seperti bas, keratapi, teksi dan sebagainya.
3. IKLAN PERSIMPANGAN
-Iklan ini terdapat di tempat-tempat strategik di kawasan orang ramai berjalan kaki. Terdapat dalam bentuk 3 dimensi dan berpusing.
4. TANDA JALAN
-Tanda jalan merupakan maklumat haluan kepada orang awam untuk membantu arah tuju ke destinasi sesuatu tempat.
PRINSIP GRAFIK PERSEKITARAN
1.Keterbacaan-boleh dibaca dengan mudah dengan sekali pandang.
2.Gambar dan ilustrasi yang minimum dan mudah difahami.
3.Pemilihan warna yang sesuai dengan persekitaran.
4.Saiz yang sesuai dengan penglihatan.
5.Mengaplikasikan asas seni reka dalam reka bentuk iklan.
6.Keaslian dan beridentiti tersendiri.
7.Lokasi yang sesuai.
8.Penggunaan bahasa yang mudah dan betul.
9.Reka bentuk yang kreatif untuk menarik perhatian.
Langgan:
Catatan (Atom)