Ahad, 31 Januari 2010

RUANG FIZIKAL DAN RUANG ILUSI




PENGUMUMAN

Guru-guru dan pelajar dibenar mengambil gambar dan nota daripada blog ini (http://psvspm.blogspot.com)untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Saiz gambar dalam resolusi 600 x 800 sesuai untuk dimasukkan ke dalam MS Power Point bagi tujuan persembahan secara offline. Klik dahulu pada gambar untuk besarkan.

Rabu, 27 Januari 2010

RUANG DAN JENIS-JENIS RUANG


ALIRAN SENI LUKIS

Macam - Macam Aliran Seni Lukis dan Pengertian nya

Aliran Seni

Jumaat, 22 Januari 2010

KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dapatkan koleksi soalan Pendidikan Seni Viual di blog CIKGU SENI TOKAI

Klik di ini untuk terus ke KOLEKSI SOALAN

Sabtu, 9 Januari 2010

CALON PSV WAJIB MENDUDUKI 3 KERTAS

Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Setiap calon yang mendaftar mata pelajaran PSV peringkat SPM wajib menduduki 3 kertas iaitu Kertas 1(2611/1):Teori Seni (Objektif), Kertas 2 (2611/2): Seni Halus (Menggambar) dan Kertas 3 (2611/3): Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual (Folio dan Artifak). Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dan guru pembimbing secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.
Penilaian adalah berdasarkan proses menghasilkan produk meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Pengukuran dan penskoran dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan gred dan keselarasan penilaian. Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan dari Februari hingga Julai pada tahun semasa.

Selasa, 5 Januari 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

Salam tahun baru 2010 kepada semua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini kerana dengan sokongan anda akan memberi semangat kepada saya untuk terus menyumbang idea untuk dikongsi bersama bagi memartabatkan pendidikan seni.

Menjelang peperiksaan SPM tahun lepas bilangan pengunjung blog ini begitu mendadak sehingga mencecah lebih sepuluh ribu pengunjung. Saya harap agar pelajar SPM tahun lepas yang pernah mengunjung blog ini dapat menyampaikan atau war-warkan blog ini kepada pelajar PSV SPM tahun 2010.

Walaupun tidak ada apa-apa yang saya dapat dan saya juga tidak mengenali saudara/saudari namun sebagai seorang guru saya merasa begitu bangga bila blog saya ini dikunjungi ramai.

Sekian, Terima kasih.