Dapatkan panduan kriteria pemarkahan dan kesalahan yang sering dilakukan oleh calon dalam kertas 2611/2 menggambar.
Sila layari http://www.dapat.net/seni
Rabu, 8 Disember 2010
Ahad, 5 Disember 2010
KOLEKSI GAMBAR SEBAGAI PANDUAN JAWAPAN PSV 2611/2
SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/2 (SENI HALUS)
1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bola sepak di padang sekolah. Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk figura.
2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca. Gambarkan aksi ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.
3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan papan tanda harga bagi barang jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong. Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.
4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil. Lukis situasi ini mengikut imahinagi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.
5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang lain yang digunakan untuk perhiasan diri. Lukis barabg-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran cahaya matahari. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.

Ahad, 29 Ogos 2010
KOMIK, KARTUN DAN BELON DIALOG
Isnin, 21 Jun 2010
LOGO, SIMBOL DAN MASKOT
Logo ialah lambang atau tanda bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab persatuan dan sesuatu aktiviti. Setiap perkara dan warna yang ada pada logo mempunyai maksud tersendiri.
Simbol ialah reka bentuk grafik yang diringkaskan dari imej figura manusia, haiwan,alam dan benda. Simbol mudah difahami maksudnya berbanding logo.
Maskot ialah sesuatu objek tempatan yang dijadikan lambang sesuatu acara rasmi atau sesuatu program televisyen. Maskot boleh dikelaskan kepada dua jenis iautu i)Maskot dua dimensi dan ii)Maskot tiga dimensi.

Ahad, 13 Jun 2010
Muat Turun Soalan dan Kriteria Pemarkahan Kertas 2
Dapatkan soalan latihan untuk musim cuti sekolah di sini dan Kriteria Pemarkahan Kertas 2 (2611/2)
Isnin, 17 Mei 2010
SOALAN INTERAKTIF HOT POTATOES
Soalan interaktif Hot Potatoes amat menarik kerana ia membolehkan guru-guru menghasilkan soalan secara interkatif dengan lebih mudah dan cepat.
Terdapat 6 jenis aplikasi yang membolehkan kita mewujudkan soalan didalam bentuk seperti soalan aneka, soalan jawapan ringkas, silang kata, memadankan jawapan, isi tempat kosong dan perkataan berselirat.
Perisian ini boleh dibaca dengan menggunakan web browser seperti internet explorer kerana ia menggunakan script html. Apa yang menariknya pelajar yang menjawab soalan ini dapat melihat markah mereka sendiri, ini membolehkan pelajar menguji tahap pengetahuan mereka.
Guru yang membina soalan pula boleh menetapkan masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan. Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan maka mereka tidak akan dapat markah 100 peratus.
Saya telah membuka satu lagi laman web untuk dijadikan tapak bagi membolehkan saya meletak soalan interaktif tersebut di http://www.dapat.net/seni
Bagi melihat contoh soalan Hot Potatoes tersebut, di sini saya letakkan satu soalan teka silangkata. Soalan 1
Soalan 2
Rabu, 12 Mei 2010
Sabtu, 8 Mei 2010
SAJAK UNTUK PELAJAR PSV
Sekeping kanvas
berwarna putih kekuningan
terbiar kaku di sudut bilik
bersama barang buangan
tiada apa-apa makna
tiada siapa memandang
menunggu untuk dibuang.
Kanvas yang kaku itu
lalu diambil oleh tangan seni
dicalit akrilik dengan pisau palit
sapuan impasto, scumbling dan hard edge
warna sekunder dan tertier.
Kanvas yang kaku itu
telah bernafas dan bernadi
kini tidak lagi di belakang lemari
kini ia menjadi hiasan dinding
dipandang dengan mata seni.
Pelajarku
kaulah tangan seni itu
kaulah yang memberi nyawa
kanvas itu tidak lagi dipandang sepi
tanpa harga diri
ketahuilah bahawa
kamulah yang lebih berharga.
Tuan Abdullah Sanusi
SMKTIP1
Ogos 2009
Sajak ini ditulis sempurna Karnival Seni dan Sastera SMK Tengku Indra Petra 1, Gua Musang, Kelantan pada 9 hingga 13 Ogos 2009

Jumaat, 30 April 2010
JEJAK SENI DI BUMI SARAWAK
Semperna cuti Keputeraan Sultan Kelantan yang lepas pada 30 dan 31 Mac 2010 tambah Cuti Rehat 1 April dan Cuti Minggu 2 dan 3 April saya telah melancong ke Negeri Sarawak. Saya bersama beberapa keluarga telah pergi ke sana dengan menaiki penerbangan tambang murah AirAsia yang telah dibeli tiket setahun yang lalu. Sarawak kaya dengan hasil seni yang akan saya kongsi bersama.
Bersama keluarga bergambar di hadapan Arca Kucing
Arca Besi berdekatan Muzium Cina
Ukiran kayu dan Arca dinding
Pasu Sarawak
Tanur Gas tempat pembakaran pasu
Tenunan yang terdapat di Kampung Budaya
Bersama keluarga bergambar di hadapan Arca Kucing
Arca Besi berdekatan Muzium Cina
Ukiran kayu dan Arca dinding
Pasu Sarawak
Tanur Gas tempat pembakaran pasu
Tenunan yang terdapat di Kampung Budaya
Isnin, 26 April 2010
JENIS-JENIS TEMBIKAR
Pasu Sarawak
-tempat menyimpan barang-barang berharga, mengisi arak dan jambangan bunga
-berasal dari Sarawak dan bermotif tempatan
Kendi
-tempat memasak dan menyimpan air
Labu Sayong
-tempat menyimpan air
-berasal dari Sayong, Perak
-bermotif alam sekeliling dan geometri
Belanga
-salah satu jenis tembikar mambong
-berasal dari Mambong, Kuala Krai, Kelantan
-biasanya tidak mempunyai motif
Jambangan
-tempat meletak bunga
-badannya berbentuk labu yang ditinggikan
Terenang
-bekas air tertutup
-berasal dari Kg. Pasir Durian, pahang.
-bermotif flora dan fauna
Ahad, 25 April 2010
Isnin, 12 April 2010
EBOOK YANG PATUT DIMILIKI OLEH PELAJAR PSV
Sebuah buku yang mengajar teknik melukis menggunakan cat air bertajuk "Watercolour Secrets" patut dimiliki oleh pelajar Pendidikan Seni Visual. Buku ini menerangkan cara penggunaan warna air dengan teknik mudah yang dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Buku ini diterbitkan dalam bentuk ebook yang boleh didapati secara percuma. Bagi mendapatkan buku ini anda bolehlah klik di http://www.watercoloursecrets.com/ebook.html
Anda memerlukan email untuk download buku ini kerana link untuk download buku ini dihantar melalui email.

Isnin, 5 April 2010
KAJIAN MUKA TAIP (FONT)
Pemilihan font adalah penting dalam menentukan rekaan yang dibuat adalah menarik. Font yang dipilih hendaklah sesuai dengan tema yang dipersembahkan. Pemilihan font yang sesuai adalah amat penting kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada orang yang melihatnya. Kadang-kadang orang tidak ingat apa yang ditulis tetapi dapat ingat jenis tulisan yang diguna. Pendek kata font boleh dijadikan 'trade mark' sesuatu benda. Font juga mempunyai kuasa yang luar biasa terutamanya dalam bidang pengiklanan bagi menarik pelanggan.
Di sini saya perturunkan beberapa alamat font yang boleh diambil daripada internet.
1. http://1001freefonts.com
2. http://www.urbanfonts.com
3. http://www.fontcubes.com
4. http://www.downloadfreefonts.com
5. http://www.dafont.com
6. http://www.fontstock.net
7. http://www.linotype.com
8. http://pcfont.com
Anda boleh download bermacam-macam font daripada laman web di atas. Savekan ke dalam komputer anda. Seterusnya copy font yang didownload tadi. Buka My Computer dan double klik Local Disk (C), klik Program Files, klik Windows atau terus klik Windows sekiranya Windows berada di luar Program Files, klik Fonts dan savekan font tadi ke dalam Folder Fonts tersebut.
Untuk memudahkan anda melihat bentuk-bentuk font yang ada dalam komputer anda boleh menggunakan "Font Explorer" yang boleh didownload secara percuma.
Isnin, 22 Mac 2010
Rabu, 3 Februari 2010
SOALAN KERJA KURSUS PSV 2611/3 TAHUN 2010
Soalan Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual: Pendidikan Seni Visual Kertas 3 (2611/3)Telah terbit.
Sila klik di sini untuk mendapatkan soalan tersebut.
Sila klik di sini untuk mendapatkan soalan tersebut.
Ahad, 31 Januari 2010
RUANG FIZIKAL DAN RUANG ILUSI
PENGUMUMAN
Guru-guru dan pelajar dibenar mengambil gambar dan nota daripada blog ini (http://psvspm.blogspot.com)untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Saiz gambar dalam resolusi 600 x 800 sesuai untuk dimasukkan ke dalam MS Power Point bagi tujuan persembahan secara offline. Klik dahulu pada gambar untuk besarkan.
Rabu, 27 Januari 2010
Jumaat, 22 Januari 2010
KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dapatkan koleksi soalan Pendidikan Seni Viual di blog CIKGU SENI TOKAI
Klik di ini untuk terus ke KOLEKSI SOALAN
Klik di ini untuk terus ke KOLEKSI SOALAN
Ahad, 17 Januari 2010
Sabtu, 9 Januari 2010
CALON PSV WAJIB MENDUDUKI 3 KERTAS
Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Setiap calon yang mendaftar mata pelajaran PSV peringkat SPM wajib menduduki 3 kertas iaitu Kertas 1(2611/1):Teori Seni (Objektif), Kertas 2 (2611/2): Seni Halus (Menggambar) dan Kertas 3 (2611/3): Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual (Folio dan Artifak). Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dan guru pembimbing secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.
Penilaian adalah berdasarkan proses menghasilkan produk meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Pengukuran dan penskoran dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan gred dan keselarasan penilaian. Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan dari Februari hingga Julai pada tahun semasa.

Selasa, 5 Januari 2010
SALAM TAHUN BARU 2010
Salam tahun baru 2010 kepada semua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini kerana dengan sokongan anda akan memberi semangat kepada saya untuk terus menyumbang idea untuk dikongsi bersama bagi memartabatkan pendidikan seni.
Menjelang peperiksaan SPM tahun lepas bilangan pengunjung blog ini begitu mendadak sehingga mencecah lebih sepuluh ribu pengunjung. Saya harap agar pelajar SPM tahun lepas yang pernah mengunjung blog ini dapat menyampaikan atau war-warkan blog ini kepada pelajar PSV SPM tahun 2010.
Walaupun tidak ada apa-apa yang saya dapat dan saya juga tidak mengenali saudara/saudari namun sebagai seorang guru saya merasa begitu bangga bila blog saya ini dikunjungi ramai.
Sekian, Terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)