Sabtu, 9 Januari 2010

CALON PSV WAJIB MENDUDUKI 3 KERTAS

Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Setiap calon yang mendaftar mata pelajaran PSV peringkat SPM wajib menduduki 3 kertas iaitu Kertas 1(2611/1):Teori Seni (Objektif), Kertas 2 (2611/2): Seni Halus (Menggambar) dan Kertas 3 (2611/3): Kerja Kursus Kajian Rekaan Seni Visual (Folio dan Artifak). Proses penilaian akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran dan guru pembimbing secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah.
Penilaian adalah berdasarkan proses menghasilkan produk meliputi portfolio dan penghasilan artifak. Pengukuran dan penskoran dilakukan berdasarkan aspek dan kriteria yang telah ditetapkan bagi menentukan gred dan keselarasan penilaian. Pelaksanaan dan penilaian kerja kursus ini dijalankan dari Februari hingga Julai pada tahun semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan