Isnin, 17 Mei 2010
SOALAN INTERAKTIF HOT POTATOES
Soalan interaktif Hot Potatoes amat menarik kerana ia membolehkan guru-guru menghasilkan soalan secara interkatif dengan lebih mudah dan cepat.
Terdapat 6 jenis aplikasi yang membolehkan kita mewujudkan soalan didalam bentuk seperti soalan aneka, soalan jawapan ringkas, silang kata, memadankan jawapan, isi tempat kosong dan perkataan berselirat.
Perisian ini boleh dibaca dengan menggunakan web browser seperti internet explorer kerana ia menggunakan script html. Apa yang menariknya pelajar yang menjawab soalan ini dapat melihat markah mereka sendiri, ini membolehkan pelajar menguji tahap pengetahuan mereka.
Guru yang membina soalan pula boleh menetapkan masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan. Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan maka mereka tidak akan dapat markah 100 peratus.
Saya telah membuka satu lagi laman web untuk dijadikan tapak bagi membolehkan saya meletak soalan interaktif tersebut di http://www.dapat.net/seni
Bagi melihat contoh soalan Hot Potatoes tersebut, di sini saya letakkan satu soalan teka silangkata. Soalan 1
Soalan 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
assalamualaikum...
mohon jasa baik tuan utk kirimkan nota ringkas cara guna dan bina hot potatoes nih...
e-mailkan kpd saya : bahar_shahman@yahoo.com
assalamualaikum..saya juga mohon jasa baik tuan kirimkan nota penggunaan hot potatos ni..email saya norhayatimarzuki@yahoo.com
Catat Ulasan