Rabu, 25 November 2009

KATA KUNCI SOALAN

Peringatan kepada calon PSV 2611/2. Baca dan fahami soalan betul-betul. Ilustrasi anda mestilah menjawab kehendak soalan. Oleh itu anda mestilah mengatahui kata kunci atau kehendak soalan. Antaranya ialah lukisan dari jarak dekat, suasana, situasi dan unsur seni seperti jalinan, bentuk, ruang, warna dan perspektif.

Apa yang dikehendaki oleh soalan apabila meminta anda melukis dari jarak dekat ialah anda dikehendaki melukis dengan jelas objek yang dikehendaki sehingga jelas kelihatan kesan jalinan pada objek tersebut. Unsur ruang juga perlu diberi penekanan. Apa yang dikehendaki pada unsur ruang ialah anda dapat mewujudkan ruang iaitu ruang hadapan, tengah dan belakang. Unsur ruang dapat diwujudkan dengan menggunakan garisan perspektif dan warna, iaitu objek di hadapan lebih besar daripada objek di belakang manakala warna bahagian hadapan hendaklah lebih jelas berbanding ruang belakang.

1 ulasan:

Manglishly Mush berkata...

assalamualaikum cikgu. sorry sebaba ganggu cikgu, tapi ada sedikit soalan yang ingin bertanya kepada cikgu, harap cikgu tak kisah.

sebenarnya, soalan 2 inginkan kita lukis dari jarak dekat orkid itu sahaja ke? Nak lukis tunggul kelapa berbadan penuh atau sebahagian sahaja?

kalau bagi soalan 1, yang biji-biji tembikai kena ade mata ke?

thank you.

Catat Ulasan