Selasa, 5 Januari 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

Salam tahun baru 2010 kepada semua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini kerana dengan sokongan anda akan memberi semangat kepada saya untuk terus menyumbang idea untuk dikongsi bersama bagi memartabatkan pendidikan seni.

Menjelang peperiksaan SPM tahun lepas bilangan pengunjung blog ini begitu mendadak sehingga mencecah lebih sepuluh ribu pengunjung. Saya harap agar pelajar SPM tahun lepas yang pernah mengunjung blog ini dapat menyampaikan atau war-warkan blog ini kepada pelajar PSV SPM tahun 2010.

Walaupun tidak ada apa-apa yang saya dapat dan saya juga tidak mengenali saudara/saudari namun sebagai seorang guru saya merasa begitu bangga bila blog saya ini dikunjungi ramai.

Sekian, Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan