Isnin, 5 April 2010

KAJIAN MUKA TAIP (FONT)



Pemilihan font adalah penting dalam menentukan rekaan yang dibuat adalah menarik. Font yang dipilih hendaklah sesuai dengan tema yang dipersembahkan. Pemilihan font yang sesuai adalah amat penting kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada orang yang melihatnya. Kadang-kadang orang tidak ingat apa yang ditulis tetapi dapat ingat jenis tulisan yang diguna. Pendek kata font boleh dijadikan 'trade mark' sesuatu benda. Font juga mempunyai kuasa yang luar biasa terutamanya dalam bidang pengiklanan bagi menarik pelanggan.

Di sini saya perturunkan beberapa alamat font yang boleh diambil daripada internet.

1. http://1001freefonts.com
2. http://www.urbanfonts.com
3. http://www.fontcubes.com
4. http://www.downloadfreefonts.com
5. http://www.dafont.com
6. http://www.fontstock.net
7. http://www.linotype.com
8. http://pcfont.com

Anda boleh download bermacam-macam font daripada laman web di atas. Savekan ke dalam komputer anda. Seterusnya copy font yang didownload tadi. Buka My Computer dan double klik Local Disk (C), klik Program Files, klik Windows atau terus klik Windows sekiranya Windows berada di luar Program Files, klik Fonts dan savekan font tadi ke dalam Folder Fonts tersebut.

Untuk memudahkan anda melihat bentuk-bentuk font yang ada dalam komputer anda boleh menggunakan "Font Explorer" yang boleh didownload secara percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan