Sabtu, 8 Mei 2010

SAJAK UNTUK PELAJAR PSV

Sekeping kanvas
berwarna putih kekuningan
terbiar kaku di sudut bilik
bersama barang buangan
tiada apa-apa makna
tiada siapa memandang
menunggu untuk dibuang.

Kanvas yang kaku itu
lalu diambil oleh tangan seni
dicalit akrilik dengan pisau palit
sapuan impasto, scumbling dan hard edge
warna sekunder dan tertier.

Kanvas yang kaku itu
telah bernafas dan bernadi
kini tidak lagi di belakang lemari
kini ia menjadi hiasan dinding
dipandang dengan mata seni.

Pelajarku
kaulah tangan seni itu
kaulah yang memberi nyawa
kanvas itu tidak lagi dipandang sepi
tanpa harga diri
ketahuilah bahawa
kamulah yang lebih berharga.

Tuan Abdullah Sanusi
SMKTIP1
Ogos 2009

Sajak ini ditulis sempurna Karnival Seni dan Sastera SMK Tengku Indra Petra 1, Gua Musang, Kelantan pada 9 hingga 13 Ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan